Isnin, 12 September 2011

Family Day!

Salam..
Pada tanggal 10 September 2011,
Kelab Pengguna UiTM Negeri Sembilan telah mengadakan Hari Keluarga di Sunway Lagoon...


Kami bertolak dari kampus jam 11.00 pagi dan seramai 22 orang Majlis Tertinggi dan Ahli Kelab Pengguna telah menyertai aktiviti ini.
Kami sampai di sana tepat jam 1330


Segalanya bermula....


Bersedia untuk mulakan....



Pelbagai permainan kami cuba dari yang biasa-biasa sehingga ke luar biasa. Jeritan dan gelak tawa kami memenuhi ruang angkasa Sunway Lagoon. ;p
Kami berada di Sunway Lagoon sehingga jam 1900. Selepas itu, kami semua dibenarkan untuk berjalan-jalan di sekitar Sunway Pyramid dan diminta untuk berkumpul di Pizza Hut untuk makan malam bersama.



Muka lapar... :-)


Lepas makan malam, kami dibenarkan untuk berjalan-jalan atau melakukan aktiviti bebas. Majoriti dari kami memilih untuk bermain boling. Yang tak reti main pun 'dipaksa' main.





Tepat jam 2230 kami bertolak pulang ke UiTM Negeri Sembilan...

Walaupun penat namun ia amat mengembirakan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengurangkan stress malah menjalinkan silaturahin sesama kami. Malah kami semakin rapat seperti sebuah keluarga yang bahagia. ;p

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hari Pertama

Salam Sejahtera..
Akhirnya blog Kelab Pengguna UiTM Negeri Sembilan terhasil dengan usaha semua ahli Majlis Tertinggi Kelab Pengguna. Harap segala maklumat kepenggunaan dapat kita kongsi bersama..
Teruskan menyokong kami..